Monday, March 5, 2007


Ini adalah pandangan seorang guru :Posted by ali allah ditta @ 10/18/2004 01:58 AM PDT

Saya setuju dengan pandangan tentang guru yang tak pandai mengajar sebagai salah satu punca ponteng sekolah.Sememangnya tiap2 sekolah terdapat hampir antara 20-35% guru yang tak tahu mengajar atau tak ada teknik mengajar yang sempurna. Mereka ini ibarat deadwood yang hanya tunggu masa untuk berhenti atau diberhentikan.Masalah appraisal yang dibuat oleh Pengetua sememangnya tidak memperlihatkan keadaan yang sebenar kerana terikat dengan birokrasi pentadbiran. Sekolah tak ada kuasa untuk buang cikgu yang malas. Dan cikgu yang malas pun tahu dia tidak boleh di apa2kan.Jika itu keadaannya sampai bila pun sistem pengurusan sekolah tidak akan maju.Menteri,KPPK & kesatuan2 guru lain hanya pandai berkokok saja tapi situasi sebenar di sekolah hanya pengetua & sekolah itu saja yang tahu.

1 comment:

One said...

saya tidak setuju cikgu tidak tahu mengajar dijadikan alasan ponteng sekolah.
biarpun guru x tau cara m'ajar @ cara p'ajaran x menarik, pelajar bo ambil masa y t'luang utk belajar sendiri.. bukannya ambil alasan ini utk ponteng dan buat benda yg x b'faedah..

pandangan saya sebagai seorang pelajar sekolah...

saya mohon maaf sekiranya anda tersinggung... ^_^